no comments

15 STATEMENT KABUR DALAM LITERATUR REVIEW

Saya ada beberapa perkara nak share kat sini. Perkara ini ibarat selumbar. Walaupun kecil tetapi sangat menyakitkan. Sakit mata semasa membaca. Kalau ada satu selumbar kat satu jari, maybe tak perasan sangat, tapi kalau dah 10 jari kena selumbar, mahu gelap bijik mata menahan sakit.

Aisey, jangan berfalsafah, saya ni tak faham ayat kona-kona ni.

Saya mencadangkan supaya anda jangan menulis seperti sedutan perkataan dalam thesis yang dipaparkan berikut:

  • Kajian yang dijalankan ini sangat menarik kerana… (Emm, anda telah menunjukan sikap bias)
  • Tidak ada lagi kajian seumpama ini dijalankan di Malaysia… (Anda benar-benar pasti tiada sesiapa yang sedang menjalankan kajian tersebut?)
  • Dalam usaha kerajaan untuk… (Kajian anda terlalu ciput untuk dikaitkan dengan apa yang kerajaan nak buat)
  • Sebagaimana yang kita semua tahu bahawa… (Saya tak tahu pun?)
  • Dapatan kajian ini jelas membuktikan bahawa… (Kajian anda ciput je untuk jelaskan semua fenomena yg anda kaji)
  • Sesungguhnya terdapat… (Apa yang sesungguhnya? Ingat sajak ker?)
  • Pada hakikatnya kajian-kajian lepas… (Wow, anda kashaf yer tahu semua hakikat?)
  • Sebenarnya terdapat… (Emmm, sebenarnya apa? Tu lah, pengaruh lagu Yuna)
  • Ianya menunjukkan terdapat… (Apa yang ianya?)
  • Bagi memastikan dapatan dapat digeneralisasikan… (Tak ada kajian dapat memastikan apa-apa)
  • Ini bermakna dapatan… (“Ini” merujuk kepada yang aper?)
  • Kajian yang dijalankan ini adalah kajian terkini dalam aspek… (Perasan lah tu)
  • Satu-satunya penyelesaian kepada masalah stress adalah melalui terapi… (Extreme sungguh)
  • Dari dapatan ini kita dapat melihat hubungan antara… (Saya tak nampak pun)
  • Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan… (Anda buat kajian guna teleskop ker?)

Di atas adalah sedikit contoh selumbar yang menyakitkan mata pembaca thesis. Ayat tersebut sama ada bias, vague, extreme, fallacy atau mengada-ngada!

Satu perkara lagi, bukan mudah nak menulis secara akademik sebab kita tidak dilatih sedemikian. Oleh itu banyaklah penulisan tesis bergantung kepada cara masing-masing individu. Membina ayat yang hanya “sedap” pada pembacaan sendiri tetapi mungkin ibarat selumbar kepada orang lain.

  1. CLEAR

Kita bermula dengan pembinaan ayat yang jelas. Anda tulis, anda faham, anda perasan ayat anda dah jelas. Anda tulis, pembaca tak faham. Maknanya tak jelaslah. Ayat yang jelas adalah yang sampai maksudnya kepada pembaca. Jika anda nak makan seafood campur sayur. Tiba-tiba makcik gerai tu bawa siput campur sayur, tak jelaslah maknanya tu. Tentu anda marah bukan?

Contoh:

Kajian ini melibatkan penggunaan penyusun awal bagi konsep stoikiometri dalam kalangan pelajar Tingkatan 4.

Anda faham tak?

Kajian ini melibatkan penggunaan peta konsep bagi pengajaran konsep yang melibatkan pengiraan jisim atom dalam kalangan pelajar Tingkatan 4.

Sekarang jelas tak?

Contoh

Government is now in the process of endeavoring to construct a more democratic society in Malaysia.

Jelas tak?

Government is going to make Malaysia a democratic country.

Mana yang anda lebih jelas?

Contoh

The fauna and flora exhibited a one hundred percent mortality response during the drought season.

Jelas tak?

All organisms are dead during the drought season.

Mana lebih jelas?

  1. CONCISE

Concise maknanya tidak ada perkataan yang tidak perlu, perkataan berulang-ulang atau perkataan kosmetik.

Contoh

Ramai ibu bapa di luar bandar yang tidak mendapat pendidikan formal tidak mengikuti sistem persekolahan akan mempunyai kurang kesedaran menjaga kebersihan sungai di kampung.

Tukar kepada:

Ramai ibu bapa di luar bandar kurang mempunyai kesedaran menjaga kebersihan sungai.

Contoh

As a matter of fact, more students studying in IPTS now than there were in 1990s.

Tukar kepada:

More students studying in IPTS now than there were in 1990s.

Juga kurangkan expletive constructions seperti “There are, It is…” kerana perkataan seperti ini tidak merujuk secara spesifik kepada sesuatu. Jika terlalu banyak “There are, It is…” dan kawan-kawannya, menjadikan tulisan anda seperti satu penulisan bersifat umum.

Contoh

There were two groups of students involved in the research had severe psychological problems.

Tukar kepada:

Two groups of students involved in the research had severe psychological problems.

Contoh

There are likely to be many researchers raising questions about this methodological approach.

Tukar kepada:

Many researchers are likely to raise questions about this methodological approach.

Contoh

There are four rules that should be observed in conducting this procedure.

Tukar kepada:

Four rules should be observed in this procedure.

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL