no comments

13 PERSOALAN, 2 KEPENTINGAN LITERATURE REVIEW

Menulis sorotan literatur bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana penulisan sorotan kajian memerlukan anda membahaskan kajian-kajian lepas bagi menjelaskan kedudukan kajian anda dalam konteks semasa. Anda perlu mengkritik kajian-kajian lepas untuk memberikan laluan kepada kajian anda mengisi gap yang belum terjawab sepenuhnya oleh kajian-kajian tersebut.

Timbul persoalan:

  • Siapalah saya untuk mengkritik kajian lepas oleh pakar-pakar?
  • Mampukah saya untuk menganalisis dan seterusnya mensintesis kajian oleh pakar-pakar tersebut?

Ini belum termasuk lagi sungutan pelajar seperti berikut:

  • Bagaimana hendak memulakan sorotan literatur?
  • Apa yang perlu ditulis dalam sorotan literatur?
  • Berapa banyak artikel yang perlu dibaca?
  • Bagaimana hendak menyusun kandungan sorotan literatur?
  • Bagaimana hendak mengetahui bahawa bahawa kajian ini belum dilakukan di mana-mana di atas muka bumi ini?
  • Macamana hendak mengkritik kajian lepas?
  • Bagaimana cara untuk mengemukakan hujah?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan mensintesis kajian lepas?
  • Bagaimana hendak mengulas pendapat yang berbeza-beza dalam artikel-artikel yang berbeza?
  • Apakah kerangka teoritikal dan konseptual yang digunakan dalam bidang yang anda kaji?
  • Mana satukah metodologi yang penting?
  • Siapakah penulis utama kerana terlalu banyak yang menulis isu yang sama?
  • Mengapa ada artikel-artikel yang mempunyai dapatan yang bercanggah?

Sebelum itu, baik anda tahu dulu dua kepentingan utama menulis LR ini:

  1. Menjadi asas kepada anda (dan pembaca) mengetahui kedudukan kajian anda dalam perkembangan pengetahuan dan kajian-kajian lepas dalam bidang yang sama sejak dulu hingga sekarang.
  2. Menjadi asas penentuan skop dan fokus kajian anda kerana bidang yang anda kaji adalah luas. Penentuan ini dilakukan dengan mengambil teori tertentu sahaja, menghadkan pemilihan variabel, penggunaan sampel tertentu, pemilihan metodologi kajian dan teknik analisis data.

 

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL