no comments

10 TIPS PRESENTATION MANTAP

10 tips jangan buat semasa presentation.

 

Kini banyak kali saya hadiri presentation pelajar dalam konferens anjuran fakulti dan badan-badan lain, dan makin lama macam makin kurang auranya.

 

Aura ape tu?

 

Masa pelajar present, audience sembang-sembang, dan ada kalanya audience hanyalah presenters juga.

 

Emmmm, kenapa agaknyer tu?

 

Maybe presentation pelajar dah terlalu stereotype.

 

Apa yang stereotype tu?

 

Ada 10 stereotype yang sempat saya coretkan:

 

Pertama – takut nak beri penjelasan dan kelihatan sangat bergantung kepada isi dalam PowerPoint, tapi isinya menjela-jela sampai tak tahu mana POINT yang POWER.

 

Kedua – membaca terus dari slide satu lepas satu, macamlah audience semuanya buta kayu.

 

Ketiga – cuba masukkan dalam setiap slide sebanyak mungkin fakta, macamlah audience tu budak tadika.

 

Keempat – isi PowerPoint ada teks yang dibuat boleh terbang-terbang dan pusing-pusing, bikin kepala audience pening.

 

Kelima – siap dengan sound effect, macam berita kartun, kononnya ada impact.

 

Keenamphewww, banyaknya slide, macam tak nak berhenti, sampai pengerusi makan hati.

 

Ketujuh – kenitnya pulak font, besar lagi tulisan dalam handphone.

 

Kelapandahlah kenit, colourful lagi, ala-ala pelangi.

 

Kesembilan – syok sendiri, mata tak lihat audience pun, kononnya malu-malu dan bersopan santun.

 

Terakhir – terlalu skema. Mesti mula dengan, “The title of my research is…”, “Then the objective of my research is…”, “Then the Problem Statement is…”, “Then  the Research Questions are…”. Berapa punya banyak then laaa. Emmmm.

Alamak, awak macam perli saya jer. Abis dah semua buat cam tu, saya pun ikutlah.

 

Jadi now saya nak bagi tau anda bahawa audience “sebenarnya” TAK BERMINAT pun dengan pendetailan kajian anda. Sebabnya mereka pun ada kajian mereka sendiri. Oleh itu, permudahkan sahaja persembahan anda sebab audience hanya nak tahu apa yang anda buat dan bagaimana anda melakukan kajian, secara short and simple!

Kalau audience tertarik, biar mereka tanya, anda jawab je, secara bersahaja.

Tak caya?

 

Tanyalah diri anda sendiri bila anda dengar 2, 3 presentation  stereotype yang menjela, akan terjadilah fenomena menguap secara tiba-tiba.

 

He he.

 

Audiences nak dengar penerangan santai anda dengan yakin dan dapatan-dapatan utama kajian anda saja, bukan pendetailan.  So keep it short and simple. Kalau mereka nak tahu lebih  lagi, biar mereka bertanya.

 

Kalau camtu anda bagilah satu contoh slide tu.

 

Ini adalah contoh persembahan slide yang saya buat dalam satu conference di luar negara. Hanya dengan 9 slides, saya telah terkesimakan audience dengan demonstrasi animasi tersebut. Screenshot yang saya persembahkan pada slide tu saya dah padam dalam blog ini sebab ada copyright dengan UPM.

 

Audience nak dengar apa anda cakap, cara anda “convince“kan mereka dengan penguasaan anda terhadap kajian anda sendiri, bukan apa yang anda baca dari PowerPoint. GET MY POINT!

Kalau anda degil nak terus baca terus dari slide anda, baik anda record dan buat narration. Tak payah anda susah-susah pakai tie sampai tercekik leher then jadi pembaca berita pulak kat depan audience.

Tapi saya takutlah nak buat camtu!

 

Takut sebab anda sendiri tak yakin dengan kajian anda, ntah-ntah anda pun tak faham apa anda buat.

Sumber: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL