no comments

10 TANDA SV YANG PERLU ANDA KETAHUI

Saya ingin menulis ringkas akan 10 perkara yang menjadi petanda pada SV yang perlu diberikan perhatian. Saya menulis kerana sebagai SV, saya sendiri sentiasa memerhatikan petanda tersebut pada diri sendiri supaya saya dapat meningkatkan keberkesanan menyelia supervisee. Saya juga insan biasa, kadang kala alpa dan lupa.

10 petanda ini jika berlaku dan berterusan akan dianggap sebagai sesuatu yang “biasa” sehingga supervisee  sendiri menganggap keadaan ini sebagai normal yang wajib mereka tempuh. Betulkah begitu?

Saya mendapat respons dari ratusan malah ribuan peserta bengkel menerusi email, Facebook dan pertanyaan langsung. Kebanyakan respons menunjukkan calon PhD dan Master bermula dengan naif, zero knowledge sehingga ada yang tak tahu pun beza antara journal dan article, antara gap dan problem statement, antara research question dengan hipotesis, dan kelas research methodology kelihatannya seperti terlalu umum dan tidak banyak membantu!

Oleh itu, bimbingan awal dan terkawal dari SV sangatlah crucial.

Berikut adalah antara 10 petanda yang kelihatan seperti normal tetapi perlu anda ambil kesah kerana akan memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada perjalanan anda untuk bergraduate.

Petanda 1

Membiarkan superviseehoneymoon” di awal semester tanpa perlu ada perjumpaan atau perbincangan mengenai research dan thesis. Hanya dinasihatkan ambil coursework itu dan ini.

Mengikut saya, semester pertamalah yang paling sibuk, paling kerap perjumpaan dan paling penting dalam penentuan topik, tajuk dan hala tuju kajian, mengenal pasti sampling frame dan membincangkan the strengths and weaknesses of the topic. Manalah supervisee sedar semua ini jika tidak dimaklumkan oleh SV. Bukan rilex!

Petanda 2

Meminta supervisee mengemukakan “tajuk kajian” sedang SV tidak memastikan supervisee menguasai terlebih dahulu “topik kajian” dengan mendalam dan menyeluruh.

Petanda 3

Meminta supervisee membaca artikel, tetapi tidak pula meminta mereka write as they go  kerana supervisee tidak akan mampu simpan semua maklumat yang dibaca dalam kepala. Lepas 2, 3 hari gerenti lupa!

Petanda 4

Meminta supervisee menyediakan proposal mengikut Chapter 1 dahulu, sedangkan proposal perlu disediakan serentak  3 chapter. Malah SV hanya akan menyemak Chapter 1 sahaja tanpa mengambil kira chapter 2, 3 dan chapterchapter yang lain walaupun dihantar serentak!

Petanda 5

Meminta supervisee membuat kajian quantitative / qualitative sedang SV sendiri tidak update dengan pengetahuan dan software terkini yang berkaitan kedua-dua approaches.

Petanda 6

Minta menjadi main author pada artikel yang ditulis oleh supervisee. Membuat editing sana sini tidak melayakkan SV menjadi the main author, malah tugas tersebut adalah tugas hakiki SV. Abis kalau bukan SV yang supervise students siapa lagi? Takkan Penolong Pendaftar? SV sendiri akan dapat merit dalam KPI apabila supervisee dapat di“graduate”kan.

Petanda 7

Memberi komen tetapi tidak secara constructive. Maybe dengan hanya memberi tanda “?” di sana sini tanpa sebarang penjelasan. Pandai-pandailah supervisee nak betulkan, atau sekadar komen “keep reading” tanpa diketahui apa masalah sebenarnya.

Petanda 8

Terlalu sukar untuk ditemui, atau dapat ditemui untuk beberapa minit sahaja, atau kedua-duanya sekali.

Petanda 9

Lambat mengembalikan draft yang dihantar oleh supervisee. Ada yang lupa kat mana dia simpan draft tersebut.

Petanda 10

Terlalu strict. Semua mesti ikut apa sahaja  yang SV propose, seolah-olah SV sahaja yang tahu, tiada yang dia tidak tahu melainkan tahu-tahu belaka.

Jadi ketahuilah simptom di atas adalah sebahagian sahaja dan anda boleh tambah lagi. Cuma janganlah sampai menganggap simptom tersebut sebagai “biasalah tu“. Itulah realiti dunia research sedangkan tugas supervision tu adalah tugas hakiki yang sama pentingnya dengan tugas mengajar. Kedua-duanya mesti efisien!

Sumber: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL