no comments

10 Sebab Kajian Anda SIGNIFICANT!

10 Sebab Kajian Anda SIGNIFICANT!

Saya berpendapat kajian anda signifikan dijalankan jika menambah pengetahuan dalam bidang tertentu dengan mencapai mana-mana perkara berikut:

1. Membina model / instrumen/alat/ modul yang valid dan reliable.

2. Menguji keberkesanan model / instrumen / alat / modul dalam konteks baharu.

3. Mengembangkan model/ instrumen / alat / modul dengan penambahan variable baharu.

4. Memperbaiki instrumen (soal selidik, inventori dan lain-lain) dengan peningkatan reliability dan validity.

5. Memantapkan lagi metodologi kajian terdahulu dengan prosedur lebih komprehensif.

6. Melaksanakan triangulasi pada dapatan kajian kualitatif dengan menambah data baharu.

7. Memberi penjelasan lebih terperinci kepada sesuai isu dengan menjalankan kajian yang lebih mendalam.

8. Menggabungkan beberapa teori / prinsip bagi mendapatkan hasil kajian baharu yang komprehensif / mengenal pasti korelasi antara variable yang baharu.

9. Meneroka bidang baru / menguji variable baharu.

10. Memberikan alternatif kepada penyelesaian masalah semasa.

Cukuplah 10 perkara saya di atas yang boleh menjadikan kajian anda penting dan signifikan untuk dilakukan. Alasan di atas lebih “logik” dan “munasabah” untuk merasionalkan signifikan kajian anda berbanding untuk membantu polisi makers kerana ianya bukan objektif utama keperluan membuat tesis dan hal tersebut hampir-hampir tak berlaku. Ingat, thesis anda apabila siap akan disimpan dałam library dan pusat sumber untuk rujukan bagi kajian-kajian seterusnya.

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL