no comments

10 PERKARA UJI KEMANTAPAN TAJUK ANDA

Saya percaya, anda berniat untuk hasilkan tajuk-tajuk kajian yang dahsyat,  gempak, dan yang sewaktu dengannyer supaya ada yang terkesima dengan tajuk tesis anda.

 

Tapi awas, jangan tajuk anda saja yang dashyat tapi anda sendiri kena lebih dashyat. Jangan tajuk jer killer tapi anda kemudiannya di“bunuh” oleh tajuk anda sendiri. Bimbang syahid dalam perjuangan yang belum selesai ataupun lost in action!

 

Bagi menguji kedahsyatan tajuk anda selari dengan kedahsyatan anda juga, silalah “tick” mana-mana pernyataan yang benar bagi anda.

  1. Tajuk ini sesuai dengan minat saya.
  2. Saya mempunyai pengetahuan asas berkaitan tajuk kajian.
  3. Saya mempunyai sumber kewangan bagi menjalankan kajian.
  4. Saya mempunyai cukup masa jalankan kajian dalam tempoh ditetapkan.
  5. Saya tidak ada masalah mendapatkan sampel kajian saya.
  6. Tajuk kajian saya mendapat persetujuan Jawatankuasa Supervisory.
  7. Saya telah dapat mengumpul artikel utama berkaitan tajuk kajian saya.
  8. Saya telah mempunyai cadangan instrumen kajian .
  9. Saya telah mengenal pasti kaedah penyelidikan kajian saya.
  10. Saya juga telah mengenal pasti analisis statistik kajian saya.

Jika dapat “tick” kurang dari 10, terutama anda tidak “tickno. 2, 7, 9 dan 10, sila buat bacaan lagi dan lagi dan lagi sehingga kedahsyatan anda setaraf dengan kedahsyatan tajuk pilihan hati anda!

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL