no comments

10 PERKARA SEBELUM TENTUKAN TAJUK KAJIAN

Saya mendapat email, pertanyaan, keluhan dan berbagai-bagai luahan pelajar tentang kesukaran mendapatkan tajuk kajan. Saya menjadi rimas, lemas dan cemas. Mengapa tajuk yang dicari, mengapa, mengapa?

Membuat kajian bukan untuk cari tajuk. Membuat kajian adalah untuk menyelesaikan masalah dan gap yang ada dalam kajian terdahulu. Jadi fokuskan pencarian anda kepada masalah yang anda ada pengetahuan mengenainya dan kemudian akan muncullah tajuk anda, seperti munculnya pelangi selepas hujan, atau mendongak ke langit tiada pelangi yang muncul, cubalah mencari di bumi, cendawan yang mungkin tumbuh selepas hujan.

Jika saya menjadi anda, sebelum saya putuskan sebarang tajuk kajian, saya akan lakukan 10 perkara berikut :

  1. Saya akan membaca 20 – 30 artikel jurnal established dari SAGE, ScienceDirect, Wiley bagi keluaran 3 tahun kebelakangan yang menepati bidang saya, katakan pendidikan sains.

      2. Saya pastikan ada beberapa artikel tempatan, bagi mendapatkan konteks kajian di malaysia.

      3. Saya juga akan mendapatkan beberapa tesis dalam bidang yang sama.

      4. Saya akan teliti research gap, theory, methodology, sampling frame yang digunakan supaya sesuai dengan “citarasa” saya. Sample frame penting kerana saya ada banyak kekangan. Method kajian bukanlah satu isu, tambahan ada perisian SPSS dan NViVo misalnya yang boleh dipelajari dari bengkel-bengkel (nampaknya sekarang saya pula yang diminta untuk kendalikan bengkel-bengkel SPSS, Document Map dan questionnaire).

      5. Saya buat begini kerana saya adalah student researcher yang novice, saya perlukan artikel yang paling releven yang saya namakan pilot artikel dengan minat saya dan artikel tersebut adaah asas Literature Review dan untuk snowball rujukan lain

      6. Setelah membaca dan memahami artikel dan tesis tersebut, saya akan fikirkan kesesuaiannya untuk mengisi research gap yang bersesuaian dengan minat saya. Gap ini diperolehi dari cadangan isu dan cadangan future minat saya. Gap ini diperolehi dari cadangan isu dan cadangan future research dalam artikel yang saya baca.

       7. Setelah mendapat gap yang mantap, saya bina Research Framework menggunakan templat RFOT dan saya akan berbincang dengan SV saya.

       8. Barulah saya cadangkan tajuk kajian saya kepada SV.

       9. Saya akan jelaskan keseluruhan kajian saya berdasarkan RFOT kerana research is about filling the gap, Not about finding the title.

     10. Then, dengan kemahiran penulisan pantas Document Map, dan teknik-teknik 1file1thesis, Write and Cite While You Read dan lain-lain, saya akan menulis proposal serentak 3 chapters berdasarkan bahan yang telah saya kumpulkan. Dalam SEBULAN, semuanya akan beres!

    Sumber : Dr Othman Talib

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL