no comments

10 Langkah Dalam Mendapatkan Tajuk Kajian Yang Sesuai

10 Langkah Dalam Mendapatkan Tajuk Kajian Yang Sesuai, Untuk Elakkan Di ‘Reject’ Berulang Kali Oleh ‘Supervisor’.

Mungkin anda di antara kita yang mempunyai kesukaran untuk memilih tajuk semasa membuat ‘laporan’ sama ada ketika ‘ijazah’, ‘master’, dan juga PhD. Kebanyakan daripada pelajar akan berhadapan dengan proses penukaran tajuk yang sering kali, selepas ditolak oleh ‘penyelia’.

Bila dah terlalu banyak tajuk yang dicadangkan, ditolak oleh penyelia, pasti emosi, juga semangat seikit terganggu.

Namun begitu, mungkin ada silapnya di bahagian pelajar yang dilihat oleh penyelia, dalam memilih tajuk yang sesuai. Untuk memudahkan lagi proses memilih tajuk untuk ‘laporan’, saudara Othman Talib telah mengkongsikan beberapa langkah yang harus anda lalui terlebih dahulu, sebelum memilih tajuk yang sesuai.

 

10 LANGKAH CARI TAJUK :

1. Ketahui BIDANG pembelajaran anda – Contohnya “Pendidikan komputer”.

Pastikan anda mempunyai asas (terutamanya dari peringkat undergrad) dalam bidang pengajian. Jika anda dari pendidikan komputer maka bidang pengajian anda adalah pendidikan komputer. Jangan anda mengganggu nak kona ke bidang pengajian lain pula. Dengan itu, semua yang berkaitan dengan pendidikan komputer selepas ini mesti ada dihujung jari anda.

2. Ketahui TAJUK yang anda minat, katakan aplikasi mudah alih.

Dari pembacaan dalam pendidikan komputer literatur yang beribu-ribu, anda akan dapati pelbagai perbahasan / argumen / isu, berkaitan e-pembelajaran, m-pembelajaran, pembelajaran berasaskan web, pembelajaran multimedia, animasi dan lain-lain . Mungkin anda nak pilih topik yang sesuai dengan minat anda, katakan aplikasi mobile sebab ini masih segar dibandingkan dengan yang lain.

3. Ketahui BANYAK Penyelidikan.

Selepas mendapat topik (ingat, belum lagi tajuk kajian), cari bahagian penyelidikan yang anda cari dengan kajian berkaitan dengan aplikasi mudah alih. Katalah anda nak jalankan kajian dengan membina model untuk aplikasi mudah alih dalam kimia, kerana belum ada model yang dibuat lagi (ini satu gap) maka anda menyusun pembacaan ke artikel / bahan yang berkaitan dengan pembinaan suatu model / modul.

4. NOVEL, supaya ada sumbangan kepada pengetahuan.

Ketahuilah bahawa kajian bawah untuk master / PhD mestilah novel yang menjawab soalan “Apa lagi yang perlu dilakukan” agar ada unsur sumbangan kepada pengetahuan untuk mengembangkan lagi pengetahuan dalam pendidikan komputer.

5. MAINSTREAM.

Jika ada peluang, carilah tajuk yang menarik minat sarjana dalam bidang yang sama, yang menjadi arus perdana di dalam dan luar negara.

6. Masa berasaskan atau JADUAL.

Bolehkah skop tajuk tersebut disiapkan dalam tempoh pengajian anda? Jangan sampai tak sempat 3 tahun nak siap sebab SUPERVISOR suruh buat macam-macam.

7. RIGOROUS atau detail dan mendalam.

Bolehkan kajian dijalankan dengan ketat, maksudnya terdapat banyak literatur untuk pemotongan secara kritis dan mendalam, data analisis dapat menggunakan intermediate atau statistik lanjut, bukan sekadar deskriptif saja.

8. Diteliti.

Jangan cari topik yang sukar mendapat sampel, atau sampel terlalu eksklusif. Skop kajian terlalu luas sehingga satu MALAYA, berubah terlalu banyak, atau terlalu baru dalam kesusasteraan ilmiah, sehingga sukar untuk jumpa artikel, yang mungkin tidak ada teori yang kuat, atau yang menyentuh politik orang politik yang boleh berubah atau yang menyentuh kepentingan pihak majikan, atau anda menerima tajuk bombastic dari SUPERVISOR atas nama geran, RA dan lain-lain yang tidak tercapai akal anda untuk menjalankan, dan lain-lain yang anda anggap sendiri.

9. Barulah dapat rangka KERJA (bukan topik kerja)

Dah selesai lapan langkah di atas, bolehlah kamu rangka TAJUK kajian. Namun, jangan sampai tajuk kajian anda “senang-senang” boleh dijangka terjawab, atau yang tidak ada pertanyaan untuk dijawab.
Kajian seperti keberkesanan ICT berbanding buku. Mungkin dah tidak sesuai untuk master / PhD kerana anda boleh jangka jawapannya, lebih-lebih lagi daripada kajian lepas.

Kalau kajian, Hubungan antara faktor X dan Y, dan anda tidak boleh menjawab “Kenapa pelajar peduli mengenainya” sebab hubungan biasanya tidak banyak membawa makna, untuk kajian master / PhD.

10. TAJUK.

Setelah anda yakin dan siap dengan sembilan perkara di atas maka barulah anda menetapkan TAJUK kajian anda, bukan awal-awal lagi dah siap judul dalam kepala yang kosong. Paling ramai yang terus melompat ke langkah kesepuluh kemudian tanya soalan cepumas “Sesuai tidak tajuk kajian saya ni”.

 

Sumber: Siakap keli.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL