no comments

10 Kesalahan Dalam Menulis Artikel Jurnal

Perkongsian ini mengambil pendekatan yang berbeza, dengan menonjolkan 10 perkara yang anda TIDAK boleh lakukan bagi menulis artikel jurnal. Terbitkan atau tidak? Artikel yang kurang baik, walaupun satu pun, boleh membawa imej yang kurang baik kepada penyelidik. Seperti kata pepatah lama, “anda hanya mendapat satu peluang untuk membuat kesan pertama”.

Jika anda menyerahkan artikel yang benar-benar teruk, ia mungkin ditolak oleh editor atau pengulas. Walau bagaimanapun, perkara yang paling buruk yang boleh terjadi adalah bahawa artikel anda terlepas daripada melalui proses semakan. Dalam hal ini, apabila artikel diterbitkan, ia akan diarkibkan secara digital dan akan tetap dapat dicapai oleh pengguna yang mencari artikel sebagai panduan mereka dalam membuat penyelidikan. Di sini, telah digariskan 10 kesalahan yang perlu dielakkan oleh penyelidik sekiranya ingin menerbitkan artikel jurnal.

  1. Tidak membaca artikel yang telah diterbitkan dalam bidang anda.
  2. Ambil laluan malas dan membuat plagiat.
  3. Mengeluarkan komponen utama artikel
  4. Tidak menghiraukan penerbitan terdahulu
  5. Terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap sumbangan anda dalam kajian
  6. Kabur dan tidak konsisten
  7. Gunakan rujukan pernyataan yang salah
  8. Memilih pernyataan subjektif berbanding pernyataan objektif
  9. Tidak mengambil berat aspek tatabahasa, ejaan, rajah dan jadual
  10. Abaikan komen editor dan pengulas

Berikut merupakan huraian bagi setiap kesalahan yang dilakukan oleh penulis seperti yang dinyatakan di atas.

  1. Tidak membaca artikel yang telah diterbitkan dalam bidang anda.

Kajian literatur adalah titik permulaan penting bagi setiap aktiviti penyelidikan yang berkaitan dan boleh membentuk asas yang kukuh bagi setiap penerbitan. Walau bagaimanapun, terdapat penyelidik yang melangkau peringkat ini dan akhirnya mengulang kerja awal, tanpa menyedari ianya telah dilakukan sebelum ini. Sebelum mempertimbangkan projek penyelidikan mereka sendiri, penulis harus terlebih dahulu mengumpulkan sumber, membaca, mengkaji tentang skop kajian yang akan dilaksanakan. Apabila pengkaji telah menjalankan projek mereka sendiri, mereka harus menulisnya – dengan berhati-hati mengikuti konteks .Proses ini kebiasaannya mengambil masa yang lama iaitu beberapa bulan ataupun tahun. Ada yang berpendapat bahawa adalah mustahil untuk membaca semua kajian yang telah diterbitkan. Ianya bukanlah mustahil jika anda mengecilkannya ke bidang pengajian khusus anda dan tidak mendiskriminasi berdasarkan bacaan tajuk dan abstrak sahaja. Itulah sebabnya abstrak ditulis iaitu untuk membantu menjimatkan masa anda.

  1. Ambil laluan malas dan membuat plagiat.

Plagiarisme adalah pelanggaran etika penerbitan yang serius dan dalam beberapa kes juga boleh menjadi pelanggaran hak cipta. Kebanyakan penerbit akademik telah menetapkan prosedur yang sangat rumit untuk mengesan plagiarisme, seperti Crossref Similarity Check. Elsevier, sebagai contoh, akan menyimpan artikel berjudul secara online, tetapi membuat hightlight pada setiap halaman “Dihapuskan” dalam huruf merah besar. Plagiarisme, tidak kira betapa kecilnya, dan tidak kira berapa tahun dokumen tersebut telah diterbitkan, aplikasi untuk mengesan plagiat tetap boleh mengesan sekiranya penulis melakukan plagiat.

  1. Mengeluarkan komponen utama artikel

Mengapakah artikel ini diterbitkan? Apakah pengetahuan baru yang dibawa ke dalam bidang akademik? Adakah metodologi yang digunakan adalah betul? Adakah hasilnya boleh dipercayai? Adakah kesimpulan itu wajar? Berikut adalah soalan yang editor dan pengulas perlukan dalam artikel anda supaya penulisan anda menjawab dalam susunan khusus dan logik:

  1. Ringkasan penulisan artikel kajian
  2. Pengenalpastian jurang pengetahuan
  3. Spesifikasi pembaharuan / objektif / skop kerja penyelidikan sekarang
  4. Metodologi yang digunakan
  5. Keputusan kajian
  6. Kesimpulan

Sekiranya anda ingin membuat artikel yang teruk, maka anda tidak perlu mengambil berat tentang semua ini. Tuliskan huraian terperinci mengenai metodologi supaya tidak ada orang lain yang boleh menulis semula kerja anda. Lebih baik lagi, jika anda ingin menarik minat pembaca, cubalah menyampaikan beberapa atau semua komponen utama dalam susunan yang berbeza.

  1. Tidak menghiraukan penerbitan terdahulu

Pada umumnya, banyak penyelidikan telah dilakukan sebelum ini, dengan teliti dilaporkan dalam artikel jurnal berkualiti tinggi, artikel persidangan dan laporan. Anda mungkin melakukan kajian literatur yang terlalu terhad di mana anda mengabaikan sebahagian atau semua penerbitan terdahulu, sumbangan kajian sebelumnya serta memberikan kenyataan yang mengelirukan. Senarai rujukan tidak lengkap juga adalah tidak produktif. Rujukan yang tepat adalah bukti bahawa penulis menyedari kajian yang berkaitan sebelumnya dan sebenarnya mampu memberikan sumbangan dalam bidang akademik.

  1. Terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap sumbangan anda dalam kajian

Kerja anda sendiri adalah lebih baik, lebih teliti dan kesimpulan anda lebih banyak digunakan daripada kajian sebelumnya oleh orang lain? Fikir semula. Pada umumnya, lebih mudah untuk mengenal pasti kekurangan dalam kerja orang lain daripada kesalahan yang anda sendiri lakukan. Ini tidak bermakna kerja anda lebih baik; ia hanya bermakna bahawa anda perlu merenungkan kekurangan kerja anda sendiri, dan melaporkannya dengan betul dalam artikel itu. Ini juga bermakna anda memerlukan pengarang dan / atau pengulas bersama untuk menunjukkan kekurangan yang anda tidak sedari.

  1. Kabur dan tidak konsisten

Penulisan anda membuatkan pembaca tidak dapat memahami tentang apa yang anda huraikan dalam ayat dan perkataan anda. Jika anda tidak mendefinisikan dengan jelas sebelum penggunaannya, ia akan membingungkan sepenuhnya pembaca kerana ia boleh membawa makna yang pelbagai. Satu lagi pendekatan yang berkesan adalah ketidakkonsistenan dalam istilah di mana penulis menggunakan istilah yang berbeza untuk perkara yang sama, sebagai contoh, bangunan, pembinaan, halangan untuk satu dan objek kajian yang sama. Ya, di sekolah menengah anda mungkin diajar untuk mengelakkan pengulangan perkataan yang sama serta menggunakan perbandingan dan metafora, dan sebagainya. Lupakan itu. Artikel saintifik bukanlah novel. Interpretasi pembaca tidak dialu-alukan dan bermakna penulis telah gagal menaympaikan isi dalam kajian dengan baik. Pembaca tidak dapat membaca fikiran anda; mereka hanya boleh membaca artikel anda.

  1. Gunakan rujukan pernyataan yang salah

Sekiranya tidak dinyatakan secara jelas (contohnya dalam menyatakan hipotesis penyelidikan), setiap pernyataan dalam artikel saintifik hendaklah disokong oleh rujukan yang sesuai yang diperoleh melalui kajian sebelumnya oleh orang lain atau oleh bukti yang dilaporkan dalam artikel anda. Contoh: “Telah ditunjukkan bahawa penyelewengan antara simulasi berangka jenis ini dan pengukuran yang bersamaan adalah secara konsisten di bawah 10% (Penulis, 2016)”. Tanpa menambah rujukan pada akhir ayat ini, anda mencadangkan bahawa kenyataan ini hasil daripada penyelidikan anda yang dilaporkan dalam artikel yang sama. Sekiranya ini tidak berlaku, anda perlu menambah rujukan.

  1. Memilih pernyataan subjektif berbanding pernyataan objektif

Penyataan dalam artikel saintifik bertujuan untuk menyampaikan pengetahuan dan maklumat. Penulisan yang baik menuntut ketidakkaburan, konsistensi dan objektiviti. Walau bagaimanapun, anda mungkin lebih suka kenyataan subjektif yang menyatakan kecenderungan peribadi, penglibatan emosi dan sebagainya.

  1. Tidak mengambil berat aspek tatabahasa, ejaan, rajah dan jadual

Pertama, menghantar artikel yang teruk kepada editor dan pengulas adalah sangat tidak elok, terutama untuk kerja sukarela yang dijalankan oleh pengulas. Masa mereka juga berharga, dan mereka bukan pemeriksa ejaan anda. Kedua, secara umumnya diandaikan bahawa seorang penulis yang tidak peduli dengan tatabahasa, ejaan dan sebagainya, juga tidak teliti dalam kerja penyelidikannya.

  1. Abaikan komen editor dan pengulas

Akhirnya, dengan atau tanpa kesalahan yang disebutkan di atas, anda mungkin sampai ke tahap di mana editor dan pengulas memutuskan artikel anda mempunyai potensi dan anda menerima maklum balas daripada mereka untuk menerbitkan artikel anda di dalam jurnal. Setiap komen dan maklum balas yang diberikan oleh editor adalah untuk penambahbaikan artikel anda supaya selari dengan garis panduan yang ditetapkan. Selain itu, editor juga boleh menunjukkan sebarang kesalahan yang anda lakukan tetapi tidak anda sedari anda telah melakukan kesalahan tersebut. Maka, anda perlulah mengambil berat setiap komen yang diberikan oleh editor atau pengulas.

 

Sumber: elsevier.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL