no comments

10 Cara Jadikan Anda Penulis Buku, Thesis

10 Cara Jadikan Anda Penulis Buku, Thesis

Aku bukan penulis. Tetapi tiba2 dah macam jadi habit ler pulak. Sementelahan anda semua sedang menulis proposal atau thesis atau apa sahaja…. Meh aku kongsikan sikit kenapa tangan aku ni gatal jer nak menulis… tips dari penulis tersohor mungkin lain sebab aku ni penulis picisan jer…

Pertama: Jadilah seorang activationist yang akan “bertindak” menulis apa sahaja bila ada idea. Bila terfikir sesuatu, terus jot down wpun pada note dalam hp… atau rakam idea anda jika berada di dlm kereta dll. .. supaya x lupa… terutama yang dah tua macam aku ni ! Terlihat sahaja satu fenomena, dtg idea… catch the idea instantly.

Kedua: Ketahuilah bahawa idea tanpa penulisan sama spt tiada apa-apa idea. Idea pun ada jangka hayat… selepas beberapa lama idea anda mungkin hilang diganti idea lain plak yang juga akan hilang… so tulislah supaya xhilang…

Ketiga: Jgn tunggu idea menjadi perfect. Idea tidak akan pernah perfect tetapi boleh menjadi lebih baik bila anda mula menulis. Bila anda mula menulis anda mula berfikir. Bila anda mula berfikir anda akan “dipaksa” berfikir utk kembangkan idea dgn baik, bukan perfect. Jadi anda sebenarnya bukan stuck kerana tidak ada idea tapi anda gagal dikembangkan idea anda. Idea anda sampai bilapun tak akan berkembang kalau anda tidak menulis. Stuck menulis lebih baik dari tak menulis apa2. Tapi stuck lepas tu tak nak menulis… ini pun tragis…jadi bro…. menulis tidak sesuai bagi seorang perfectionist !

Keempat: Jgn menulis terlalu nak ikut sekuen dulu. Inilah idea teknik ZDOT aku. Tulis dulu apa2 idea hatta terlompat2…. then barulah kemudian aturkan sekuennya…. macam puzzle. Kalau tak mula satu dulu sampai bilapun anda tak mula… malah anda boleh mula dari tengah atau belakang…. kalau itu idea yang anda dapat dulu….

Kelima: Jgn takut utk menulis dan terima kritikan. Kalau takut…. sekali kena kritik merajuk….ingat ada sesapa nak pujuk? Kritikan ada dua – satu kritikan membina (terima dgn hati terbuka), kedua kritikan tak bguna (terima dan buat tak tahu jer) !

Keenam: Menulis adalah tindakan mekanik bukan magik. Jadi bila ada idea…. bangun…. buka computer, hp, nota dan menulis… bukan tunggu magik !!

Ketujuh: Banyak membaca bro…. dlm topik yang anda minat dan tak minat juga….membaca membuka ruang “dejavu” utk menjumpai idea utk anda tulis… kalau tak membaca….berangan tunggu idea…. baik jual pisang berangan !

Kelapan: Pastikan tulisan ada boleh menyumbang kepada kebaikkan…. atau sekurang2nya membuat pembaca berfikir…. kalau tidak lebih baik dok diam2… abiskan masa dgn berzikir….

Kesembilan: Utamakan menulis idea sendiri.. atau ambil idea orang dgn membuat kupasan dari perspeltif sendiri. Elakkan menulis semula apa yang orang lain dah banyak tulis – boring !

Kesepuluh: Aku suka menulis….Neelofa pun suka menulis !!

Sumber : Blog Dr Othman Talib

Dari : Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL